Wednesday 29 August 2012

R.A.Y.A K.A.M.I #3 (1 Syawal )

Assalamualaikum.....



Seperti biasa di pagi raya perkara yang wajib dilakukan ialah ke surau atau masjid untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri dan bertakbir raya..Tahun ni sekali lagi aku tak berpeluang untuk itu..Sedih betul..Dah beberapa tahun nasib tak menyebelahi aku..Tapi takpe, mungkin ada sebabnya tersendiri..*positif*


So, tugas aku di pagi raya tak lain tak bukan wajiblah menyediakan dan menyiapkan baju raya suami aku..Lepas tu hidang makanan dan buat apa yang patut..Sambil tunggu yang lain balik dari solat aku siapkan diri aku pulak..

Tema kami tahun ni kelabu dan pink..Tapi sayangnya sampin suami aku tertinggal kat KL..so,pakai je la mana sampin yang ada kat kampung tu..Selepas selesai solat, kami terus ke tanah perkuburan di Kampung Telosan..Setiap tahun Tahlil Perdana akan diadakan di sini...


sorang nak balik sorang nak pegi..hihi...eh..eh..nape nampak cam plain je baju aku tu?(padahal polkadot);P


Tanah perkuburan yang kebanyakannya hanya ditanda dgn batu shj..Orang ramai sama sama bertahlil untuk sedekahkan kepada sanak saudara yang telah meninggal dunia..


Allahyarham Mek Bt Mamat adalah moyangku...
Allahyarham Besah Bt Bdullah adalah nenekku...
Allahyarham Mohd Zin Bin Muhammad adalah datukku...
Al-Fatihah...


Semoga roh mereka ditempatkan bersama para solihin..Ameen Ya Rabb..






Nampak tak wanita tua dibelakang tu?itu adalah moyang saudaraku yang merupakan wanita tertua di Kampung Telosan dan mungkin juga di daerah Pasir Puteh..Usia beliau menjangkau 100++ tahun...Ya Allah panjang sungguh umurnya..Semoga beliau di berikan kesihatan yang berpanjangan oleh Allah SWT..Ameen...



bersambung...



p/s : Mula mula orang kampung usha pelik kat kami sebab bawak kamera besar dan klik klik kat tanah perkuburan..Tak sopan mungkin..Last last tok imam suruh klik gambarnya bersama AJK surau yang lain...;)







2 comments:

  1. comel je gambar abah tu...susah nk suh abah senyum ikhlas cmtu....

    ReplyDelete
  2. Aku pun dulu masa ada camera besar, malu2 nak amik gmbr.. skrg dah ada camera kecik, lagi ligat aku amik gambar! hihi.. tepi baju pun boleh amik gmbr lagi.. hahhahahhaa


    *aku sempat jugak amik gmbr batu nisan arwah adik aku* Al-Fatihah

    ReplyDelete