Friday, 30 November 2012

Nabi Ibrahim a.s dan Malaikat Maut

Assalamualaikum.....



Salam Jumaat...Aku nak share cerita yang aku baca kat korang semua...Semoga kita semua mendapat manfaat...


Baca dengan 'mata hati' pasti akan faham maksudnya..InsyaAllah..Selamat Membaca...




Nabi Ibrahim a.s ialah kekasih Allah SWT, pemimpin para pemuda dan orang yang sentiasa memuliakan tetamu..Bginda tidak pernah makan pada waktu siang dan malam melainkan bersama tetamunya...


Nabi Ibrahim a.s ialah nabi pertama yang digelar sebagai seorang muslim Hanif (lurus) oleh Allah SWT. Baginda juga dikurniakan lisan yang sentiasa sarat dengan hujah (argumentasi) dalam menyampaikan keesaan Allah (tauhid). Selain itu, Allah juga menganugerahkan kepada Ibrahim lisan yang sentiasa dipercayai oleh orang lain..


NAbi Ibrahim a.s juga manusia yang dihadapkan dengan berbagai-bagai ujian.Baginda juga dikenali sebagai bapa para nabi. Baginda sentiasa mengingati kematian dan juga sangat disayangi oleh Malaikat Maut..


Diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas r.a. bahawa Ibrahim a.s bertanya kepada Malaikat Maut bagaimana ia mencabut nyawa orang-orang beriman? Malaikat Maut menjawab : "Palingkanlah wajahmu kepadaku"..Lalu Ibrahim pun memalingkan wajahnya kepada Malaikat Maut sehingga baginda boleh melihat Malaikat Maut dalam rupa seorang pemuda tampan yang mengenakan pakaian bagus dan wangi..Ketika itu Ibrahim berkata kepada Malaikat Maut. "Demi Allah, seandainya seorang Muslim tidak mendapat kebahagian, maka cukuplah dengan melihat rupamu ini dia akan berbahagia"..Kemudian Nabi Ibrahim berkata lagi, "Tunjukkanlah kepadaku bagaimana engkau mencabut nyawa orang kafir?" Malaikat Maut menjawab, "kamu tidak akan sanggup untuk menyaksikannya"..Nabi a.s kembali meminta, "perlihatkanlah kepadaku"..Kemudian Malaikat Maut pun berkata, "Palingkanlah wajahmu kepadaku"..Ibrahim memalingkan wajahnya kepada Malaikat Maut dan kelihatanlah susuk tubuh seseorang manusia berkulit gelap, kedua dua kakinya  berada di bumi dan kepalanya menyentuh langit..Rupanya ialah rupa terburuk yang tak pernah wujud..Di bawah setiap bulu tubuhnya ada percikan api neraka..Kemudian Ibrahim berkata, "Demi Allah, jika tidak ada balasan lain bagi seseorang kafir, maka cukuplah dengan melihat wujudmu"...





Buku yang aku baca...InsyaAllah aku akan berkongsi cerita dengan korang semua..




Kisah seterusnya : Bagaimana Malaikat Maut Mencabut Nyawa di Barat dan Timur dalam Satu Masa?






p/s : Bilakah Malaikat Maut akan 'menjemput' kita?





Thursday, 29 November 2012

Gulai Ketam Ala Percik

Assalamualaikum...



Sape suka makan ketam? Sila kembangkan hidung korang...hahaha..Aku suka giler makan ketam tapi mesti orang menyirap tengok aku makan ketam..sebab apa??sebab aku suka makan isi kat perut dia je..kaki, peha, tangan semua aku tak makan..eh, ketam ada peha ke?hahaha...mengarut sudah ni..


Apa yang korang selalu masak dengan ketam ni? aku selalu goreng kunyit, goreng berlada, masak tomyam dan buat gulai ala percik tu..mesti korang tak pernah rasa kan gulai ketam ala ala percik ni? eh percik ala kelantan je kot..kalau percik korang aku tak tau lah macam mana..hihihi..sedap wooo...rugi giler kalo korang tak try resipi aku ni..ni resipi turun temurun..dari kecik kot aku makan gulai ketam mak aku ni..(dari kecik la konon.. tapi setiap kali nak masak mesti kakak aku talipon aku tanya resipi..dan setiap kali tu la aku lupa..hahaha..last2 tanya adik aku..wei yu, lepas ni ko jangan tanya2 aku dah..ko salin resipi ni..)




1 gambar ni je yg ada..tak nampak kuah sebab dah terkering...muahahaha..




Bahan bahan


  • Ketam 2 ekor ( dipotong dua)
  • Santan 1 biji
  • Bawang merah 2 ulas
  • Cili kering 2 sudu 
  • Halia 1 inci
  • Serai 2 batang
  • Garam

Cara-cara

  • Tumbuk bawang merah dan halia
  • Masukkan santan, cili kering, garam, serai yang diketuk dan bahan yang ditumbuk tadi
  • Kacau sedikit dan bolehlah masukkan ketam yang dah dipotong dan dicuci bersih
  • Biarkan mendidih sehingga ketam bertukar warna menandakan ketam dah boleh di NGAp!hehehe...Sonang jo..Cubo la yo..






p/s : Tapi kan, aku pernah makan ketam masak kari parpu kat Bamboo Beach Restaurant  kat Langkawi aritu, memang sedap giler giler..1st time tau aku makan...rasa nak gi Langkawi lagi makan ketam masak kari parpu...kuikuikui..




Wednesday, 28 November 2012

Wordless Wednesday # 42

Assalamualaikum....



Jom layan gambar my meow...banyak gambar lama..dah lama tak buat photoshoot dorang ni...


















kuku tersangkut kat langsir...hahaha...










p/s : My Meow makin hari makin bertambah....beranak, beranak dan terus beranak...Aku?? belum lagi....;P





Tuesday, 20 November 2012

Boikot McD dan Selamatkan Rakyat Palestin

Assalamualaikum....






Rakyat Malaysia sanggup beratur panjang semata mata nak dapatkan burger percuma...Non Muslim pun boikot...tapi kita??? 



* terfikir pulak kenapa McD tetiba bagi burger free...










Apa salahnya menghulurkan sedikit bantuan untuk mereka...Selamatkan bumi Gaza..Sama sama kita menderma...






p/s : Kalau boleh nak boikot sampai bila bila...selamat tinggal my Mc Flurry..;)





Friday, 16 November 2012

Rendang Ayam Kampung

Assalamualaikum....



Walaupun harini, esok atau lusa bukan lah hari raya aidilfitri mahupun hari raya aidiladha, aku nak share resipi rendang ayam kampung yang aku buat time raya hari tu..lagipun tak semstinya time raya je boleh masak rendang..ye tak?ni rendang ala kami sekeluarga..tak tahulah rendang korang macam mana kan..sudi sudilah share dengan kami yer...Now, aku share resipi aku..


Resepi untuk 1 ekor ayam kampung..


Bahan bahan 

  • Ayam (potong ikut suka)
  • Santan ( sebiji kelapa)
  • Cili kering (4 sudu)
  • Lengkuas (2 inci)
  • Halia (1 inci)
  • Kunyit hidup (2 inci)
  • Bawang besar (2 biji)
  • Bawang putih (5 ulas)
  • Serai (2/3 batang)
  • Cili Api (suka suka hati)
  • Daun Kunyit (2 helai potong kecik kecik)
  • Daun Limau Purut (3,4 helai buang batang tengah)
  • Garam (secukup rasa)


Cara cara


  • Blend kan lengkuas, halia, bawang besar, bawang putih, kunyit dan cili api..
  • Masukkan ayam, santan dan bahan yang di blend tadi ke dalam kuali..
  • Bubuh sedikit garam dan gaul sehingga kering dan pecah minyak..Jangan bubuh garam banyak banyak sebab bila dh kering jadi masin pulak..
  • Kacau la sampai lenguh tangan korang..hihi..
  • Bila ayam dah empuk, campakkan daun kunyit dan daun limau purut 
  • Gaul sehingga rata dan bolehlah tutup api dan hidang..
  • Boleh makan dengan nasi himpit mahupun nasi panas..
  • Selamat mencuba.. senang je tak susah mana pun..;P






hamekk ko..1 kawah aku masak..haha..



dapnyer.....:)    credit photo : http://deqain.blogspot.com/





p/s : Kalau guna ayam bandar pun boleh gak..lagi senang empuk...Aku penah buat rendang ayam belanda yang tua...keras bangat!