Thursday 21 June 2012

Fadhilat Bulan Syaaban

Assalamualaikum....


Sedar tak sedar hari ni kita dah masuk ke Bulan Nabi Muhammad SAW iaitu BULAN SYAABAN...Ini bermakna tak lama lagi kita akan berjumpa dengan BULAN RAMADHAN...Kejap je masa berlalu kan..Banyak fadhilat dan kelebihan Bulan Syaaban..Antaranya ialah amalan berpuasa sunat..


Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.


Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.








Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).


*(Awal khamis Bulan Syaaban adalah pada hari ini 21/06/2012 dan akhir Khamis Bulan Syaaban jatuh pada 19/07/201)..






p/s : Sama-samalah kita perbanyakkan amalan dan ibadah di dalam bulan yang penuh berkat ini..InsyaAllah..

2 comments:

  1. bagus entry ni..ramai nye follower ko..ain baru 9...padahal aku yg buat blog dlu..hebat kakak ku..:)

    ReplyDelete
  2. sama2 kita puasa yer...hehe kebetulan je follower tu nk follow aku..;)

    ReplyDelete