Thursday 27 September 2012

Meatball & Cikenball Belasah Aje

Assalamualaikum....


Sape suka makan meatball? Sape suka makan cikenball? Sila angkat kening anda..:P




Ok, hari ni aku nak share resipi meatball dan cikenball yang kami buat masa Ramadhan yang lepas..(ish, tak habis habis lagi resipi masa Ramadhan kan?) Disebabkan ada lebihan daging dan ayam hancur yang kami buat bergedil hari tu, so aku decide nak buat masakan western untuk berbuka..Sebenarnya aku main belasah je buat bebola ni..tak sangka pulak menjadi..kikiki...


Bahan bahan

  • Daging dan ayam hancur (aku guna Ramlee's brand)
  • Bawang putih
  • Lada hitam / lada sulah
  • Keju Mozarella
  • Garam
  • Telur
  • Tepung Magik / tepung KFC
  • Lidi

*Aku main belasah je bahan bahan ni..Ikut citarasa korang la k nak bubuh apa pun..yang penting rasanya tak pelik sangat...;)


Cara-caranya

  • Rebus daging / ayam hancur (rebus separuh masak pun takpe..taknak rebus pun takpe..tapi aku takut tak masak dalamnya)
  • Blend bawang putih, lada hitam/ lada sulah, keju mozarella dan garam
  • Bentukkan bahan tadi mengikut citarasa korang (aku suka bulat bulat macam kat kedai)

  • Celupkan ke dalam telur sebelum digolekkan ke dalam tepung (tapi kalau pakai tepung magik tak payah celup telur pun takpe)



eh 2 bijik je?:P

  • Goreng sehingga kekuningan.Dah masak, sila cucuk dengan lidi (barulah rasa macam beli kat kedai..hihi)

aku guna minyak sikit je sebab nak jimat..eh silap bukan nak jimat tapi aku tak suka makan minyak banyak



  • Hidangkan bersama fries, salad, tomato dan yang sama spesies dengannya..(jangan lupa mayo dan blackpaper sos yer..)


Hasilnya.....




 Hah?Apa rasanya?Ofkos la sedap hingga menjilat kelingking...hahaha 


Semudah ABC 123 kan?tak payah beli kat luar dah lepas ni..mudah dan sedap! tapi lagi bagus kalau dapat buat daging dan ayam hancur tu sendiri..hihi..




Selamat Mencuba!


p/s : taip entri sambil terliur..tak boleh blah..;)





7 comments:

  1. tgk presentation mcm dah kalah meatball kt ikea tuh hehehe.

    ReplyDelete
  2. hahahaha..presentation je lebih..rasa blm tntu mcm kt ikea tu..;)

    ReplyDelete
  3. terliur aku na tgk resipi ko...
    t dtg umah ko, ko jamu aku menu ni ye..
    hehehe

    ReplyDelete
  4. Nk try buat jgkls, nampak yummy..tbe2 lapa

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap, lapa la pulak

    ReplyDelete
  6. Aku suka makan meatball..... Nanti bleh try... ;p

    ReplyDelete
  7. dah boleh bukak kedai ni..
    Presentation memang terbaik..

    ReplyDelete