Wednesday, 9 January 2013

Serba Salah

Assalamualaikum...


Kadang kadang rasa serba salah...serba salah dengan siapa pulak? dengan kawan tak rapat dan kawan yang rapat..bagi aku tak ada istilah bff dalam hidup aku..sebab tu aku lebih suka gunakan ayat 'bestfriend atau sahabat' daripada bff..tak tahu kenapa..mungkin dah frust untuk berkawan..sering kecewa dalam persahabatan sebenarnya..dan yang pastinya bff ku hanya seorang iaitu suamiku sahaja..:)


Berbalik kepada tajuk entri..aku serba salah sebab sering luahkan perasaan sedih dan kecil hatiku di sini..tapi ini kan blog aku..suka hati aku la kan luahkan apa saja yang terbuku di hati..tak suruh dan tak paksa untuk sesiapa follow dan baca..cuma untuk diri sendiri saja pada mulanya..tak sangka ada yang sudi follow dan sudi baca blog ni..terima kasih semua..


Tapi disebabkan aku sering mengadu dan sering bercerita tentang zuriat di sini, ada sesetengah pihak terpaksa menjaga hati aku..terpaksa menyembunyikan sesuatu yang amat bermakna dalam hidup mereka..dengan cara tidak mengupdate blog/fb mahupun terus mem'block' aku dari membaca blog/fb mereka..adakah salah aku?? atau mungkin juga salah mereka?? aku kurang pasti tentang itu..bagi pihak aku, seriously aku terasa hati pada mulanya..tapi bila fikir fikir balik, tak boleh nak salahkan mereka 100%..aku juga ada silapnya..siapa tahu?? 


Salah aku sebab aku ceritakan semua perasaan aku kat sini..Sepatutnya aku hanya mengadu pada DIA dan bukannya di sini..Aku serba salah dan buat orang lain juga serba salah sebenarnya..Sebab aku, semua orang seolah olah terpaksa menjaga hati aku supaya aku tak berkecil hati..tapi mereka tak tahu yang aku sebenarnya lebih berkecil hati dengan tindakan mereka itu..tapi tak apalah, itu hak mereka..siapa aku untuk mengajar mereka bukan?? 
Cuma satu yang ingin aku katakan di sini, apalah gunanya kawan sekiranya berita gembira itu tidak dikongsi bersama..apalah gunanya sahabat jika segala luahan dan kesedihan tidak didengari..apa gunanya istilah 'bersahabat' jika ada sifat pilih kasih? soal berkecil hati atau tidak, bukanlah isunya kerana rezeki setiap manusia itu hanya di tangan Allah..Siapalah kita untuk mempersoalkannya? Mungkin rezeki kamu lebih cepat berbanding aku..so, kenapa harus aku mempersoalkan tentang itu? Alhamdulillah aku masih waras dan mampu berfikir dengan baik..Janganlah memberi seribu satu alasan yang kurang bijak untuk menyelamatkan diri..Tanpa alasan itu pun, aku redha...


Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui, sahabatku..Apa pun niat kalian, hanya DIA saja yang tahu..Aku hanya bersangka baik dan cuba elakkan untuk bersangka buruk dengan kalian..Hanya doa sebagai senjata dan peneman setiaku..Mudah mudahan kalian juga dilindungi dan dirahmati olehNYA...


Wassalam...





Dua orang sahabat baikku..Almost 12 years kami bersahabat..Alhamdulillah sekali pun tak pernah bergaduh mahupun berkecil hati..mungkin susah nak percaya tapi itulah hakikatnya...Maziah dan Farhana sahabatku dunia akhirat..




p/s : Persahabatan jarak jauh lebih bermakna bagi aku...:)






3 comments:

  1. Tak de sape yang bersalah... ;)

    ReplyDelete
  2. satu perkataan yg mudah,tp sukar dilaksanakan, "sabar"

    ReplyDelete
  3. blog yani pun wujud sejak dulu untuk yani luahkan perasaan, kadang2 kita tak terluah pada sesiapa hatta suami sendiri. Kalau ada sesiapa terjumpa dan terfollow, itu bukan paksaan dari yani. dan yani pun tak share apa2 pasal cerita di blog yani pada kawan2 pejabat, siapa tahu, tahulah. siapa yang tak tahu, biarkan sahaja tak perlu tahu.

    ReplyDelete