Friday 7 December 2012

Bagaimana Malaikat Maut Mencabut Nyawa di Barat dan Timur dalam Satu Masa?

Assalamualaikum....


Pada suatu ketika, Ibrahim a.s. bertanya kembali kepada Malaikat Maut bagaimana ia mencabut nyawa yang berada di sebelah timur dan di sebelah barat dalam masa yang sama??


Diriwayatkan daripada Asy'at bin Salim bahawa Nabi Ibrahim a.s. bertanya kepada Malaikat Maut, "Wahai Malaikat Maut, apa yang akan engkau lakukan jika ada seseorang di sebelah barat dan juga di sebelah timur yang telah tiba ajalnya?"..


Malaikat Maut menjawab, "Aku memanggil roh-roh dengan izin Allah hingga ke timur dan barat di antara jari jemariku". Dikatakan : "Bumi berada di dalam dakapannya, seolah olah bumi itu adalah tempayan yang di dalamnya terdapat segala sesuatu"..


Diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. berkata : Ibrahim a.s ialah seorang lelaki yang pencemburu..Baginda memiliki sebuah rumah yang biasa digunakannya untuk beribadah..Jika baginda keluar rumah, baginda akan menguncinya..Suatu hari, ketika baginda kembali ke rumahnya, baginda mendapati ada seorang lelaki di dalam rumahnya. Ibrahim lantas bertanya, "Siapa yang mengizinkanmu masuk ke rumahku?" Lelaki itu menjawab, "Penghuninya yang mengizinkanku masuk ke rumah ini". Ibrahim berkata lagi, "Akulah penghuni rumah ini"..


Lelaki itu berkata, "Orang yang mengizinkan aku masuk ke rumah ini adalah yang lebih berhak atas rumah ini daripada dirimu". Lalu Ibrahim bertanya, "Malaikat apakah engkau?" Lelaki itu pun menjawab, "Aku ialah Malaikat Maut"..Setelah mendengar hal itu Ibrahim bertanya lagi, "Bolehkah engkau memperlihatkan kepadaku gambaran bagaimana engkau mencabut nyawa seorang mukmin?" Lelaki itu menjawab, "Ya"..Kemudian Ibrahim berpaling dan menoleh kembali kepada lelaki itu..Baginda mendapati seorang pemuda berparas rupa tampan dengan pakaian yang bagus dan wangi..Ibrahim berkata kepadanya, "Wahai Malaikat Maut, jika seseorang mukmin tidak mendapat balasan selain melihat wajahmu maka cukuplah itu baginya"..Setelah itu, Malaikat Maut pun mencabut nyawa Ibrahim a.s..


Dalam kesempatan yang lain, Malaikat Maut pernah berjumpa dengan Ibrahim a.s..Diriwayatkan daripada Ibn 'Umar r.a. bahawa Malaikat Maut berkata: "Wahai Tuhan, hambamu Ibrahim gelisah dengan kematian"..Allah SWT membalasnya. "Katakanlah kepada Ibrahim, apabila telah sampai had usianya maka dia akan sampai kepada kematian..Malaikat Maut berkata, "Baiklah wahai Tuhanku, dia sudah rindu untuk bertemu dengan -Mu.Kemudian diberikan kepada Ibrahim a.s. wangian yang semerbak sehingga baginda mencium baunya, lalu dicabut nyawanya.."









p/s : Apakah yang telah kita persiapkan untuk menghadapi kematian?








2 comments:

  1. Tak cukup dengan ape yg ade... =((

    ReplyDelete
  2. Tq sharing
    Masih kerdil lagi diri ini... uhuhuhu.... Byk lagi dosa2 lalu yg belum terampun...

    ReplyDelete