Friday 14 December 2012

Detik-detik Akhir Hidup Nabi Ibrahim a.s.

Assalamualaikum...



Ahli sejarah mengatakan : Ketika Allah SWT hendak mencabut roh Ibrahim a.s., Allah mengutuskan Malaikat Maut dalm bentuk seorang lelaki yang sangat tua..


Pada suatu ketika Ibrahim memiliki banyak makanan..Baginda menjemput dan membahagi-bahagikan makanan itu kepada orang ramai..Ketika baginda membahagikan makanan, dilihat olehnya seorang lelaki tua yang sedang berjalan kaki..Ibrahim menyuruh seseorang untuk memberikan seekor keldai kepadanya dan lelaki itupun menunggangnya..Ketika lelaki itu sampai ke tempat Ibrahim, baginda memberikan lelaki itu makanannya..Lelaki itu mengambil sesuap makanan dan ingin memakannya..Namun, dia memasukkan suapannya ke matanya satu kali dan melalui telinganya satu kali sehingga makanan itu berada di dalam perutnya..Kemudian, makanan itu keluar melalui duburnya..


Ibrahim pernah meminta kepada Allah agar tidak mencabut nyawanya kecuali dia sendiri yang meminta kematian itu..Semasa melihat apa yang dilakukan lelaki tadi, Ibrahim bertanya, "Apa tujuan engkau melakukan hal itu wahai orang tua?" Lelaki tua itu menjawab, "Wahai Ibrahim, aku seperti ini kerana aku sudah sangat tua"..Ibrahim bertanya, "Berapakah usiamu?" Lelaki itu pun memberitahu usianya..Ibrahim menghitung usianya seketika..Ternyata usia lelaki itu lebih tua dua tahun daripada usianya..Ibrahim bertanya kepada lelaki itu, "Usiaku dan usiamu hanya berbeza dua tahun..Jika nanti usiaku mencapai usiamu adakah aku akan kelihatan sepertimu?" Lelaki itu menjawab, "Ya"..Ibrahim pun berkata, "Ya Allah, cabutlah nyawaku sebelum usiaku sepertimana usia lelaki itu"..


Kemudian lelaki itu berdiri dan mencabut nyawa Ibrahim..Rupa-rupanya lelaki tua itu ialah Malaikat Maut..Usia Ibrahim mencapai 200 tahun. Dalam sumber lain disebutkan bahawa usia Ibrahim 195 tahun..Ibrahim a.s. dikebumikan di tepi kubur Siti Sarah...






tengah bersihkan kubur Abang...Al-Fatihah Abeja....;(





p/s : Saudaraku, jika engkau ingin mengetahui keadaanmu setelah meninggal dunia, maka pergilah ke kubur..Lihatlah deretan demi deretannya..Bayangkan kuburmu berada di antara kubur kubur itu..Kemudian fikirkanlah apakah yang engkau perlukan di dalamnya...








4 comments:

  1. Nice sharing. Tiap kali pergi kubur anak aku, aku selalu bayangkan macam mana keadaan orang2 dalam kubur tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori fara..ada missing word tadi..aku dh retype..;)

      aku pn cmtu jgk..setiap kali pegi kubur mesti bayangkan cmne org dlm tu..cmne aku dlm tu nanti..jd sgt insaf..

      Delete
  2. Al Fatihah Abeja dan anak kak fara..

    ReplyDelete
  3. Aku pergi kubur mesti nangiss gila gila... aku jadik sebak tgok batu nisan nama adik aku tu... hurm.. sedihnye... Al-Fatihah

    ReplyDelete